About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Saturday, May 25, 2013

Untuk Afif_Kenangan Hari Ketiga

Awal pagi Ummi seakan dah terbiasa pulak, sentiasa bersedia untuk bangun siapkan susu dan lampin Afif. Tidur Afif cantik sangat. Abhi masih kena kerja pagi tu, kesian pulak, masa ada Afif dia sibuk kena kerja. Lepas bersiap dan cium Afif, Abhi berangkat ke tempat kerja. Tinggal lagi kita berdua.

Masa bangun Ummi dapat rasa badan Afif sedikit panas, Ummi jadi bimbang sendiri, Afif anak Ummi demam?!.. Walaupun tak sihat anak Ummi tak buat perangai pun, tetap dengan senyum yang mampu buat Ummi gila bayang. Bila Afif tidur semula pagi tu Ummi ambil tuala dan letak di dahi Afif, kesian anak Ummi demam, Ummi call dan msg Abhi, kata Afif demam. Abhi jadi risau, tapi sebab sibuk dan takut kalau-kalau dia balik ke rumah, dia tak dapat nak ke office semula, so, Abhi tak balik tengok anak Ummi demam.

Alhamdulillah, lepas bangun tidur tu, Afif jadi sihat kembali, badan dah sejuk dan main macam biasa, Aktif seperti sedia kala. Barulah Ummi dapat bernafas dengan tenang. Rutin kita sama macam semalam, Makan, Minum susu, Main dan tidur... Ummi rasa seronok sangat bila Afif happy. sebab happy Afif boleh mendatangkan bahagia pada Ummi.

Petang tu masa Abhi balik, sama macam semalam, Afif tenung pintu, bila terkuak je nampak muka Abhi, terus Afif merangkak laju tuju ke pintu. Ummi nampak macam Afif kejar Abhi pulak, bezanya cuma Afif mengejar sambil merangkak dan bukan berdiri. Abhi la orang yang paling happy, bila dia balik dari kerja dan tengah penat-penat ada insan yang menunggu dia dengn senyuman manja.. confirm hilang penat dia seharian bekerja... Afif melonjak-lonjak minta Abhi dukung... Abhi pun dukung dan layan Afif semahunya... petang tu Abhi bawa kita balik kampung... semua pun berbungga dihati nak jumpa Afif.

Sampai di kampung. hari dah mula senja. Bila Abhi turun kereta dan bagi salam semua ke pintu untuk sambut Afif. Abah Alang suruh Ummi bawa Afif masuk ek rumah cepat sebab hari dh senja. Ummi bawa Afif naik kerumah. terus disambut Mama Chik. Dia sangat teruja dan bawa Afif dalam pelukannya.. Sungguh saat itu Ummi rasa Afif anak Ummi... Mama Chik bawa Afifmterus ke dapur untuk berjumpa dengan Tok Mak. Jangan terkejut ye 'Nak'! Tok Mak terlalu sedih bila tengok Afif.. Lama dia tunggu untuk punya cucu tapi kesian Tok Mak belom ada rezeki dia dan Tok Ayah untuk bercucu... Semua pakat pegang Afif lepas sorang-sorang... Mama Chik baw ke Babah Chik... datang pulak Mama Zati bawa Afif ke Ayah Bob.. lepas tu Mak Yang bawa ke Abah Lang... tak ketinggalan Kanda pun nak dukung Afif.. Tok Mal dan Tok Ayah tak payah cakaplah...

Lepas disusukan Afif mula tidur... mungkin bagi peluang untuk Abhi dan Ummi untuk makan dan berehat. Selesai makan kami bersantai sambil menonton... dan mata kami bukanlah kearah tv... tapi si comel yang buat semua hati bergolek-golek jatuh ke bawah.. Afif main sungguh-sungguh malam tu... ke kiri ke kanan... bahagia betul dpt tanah luas yea sayang.

Malam tu Afif tidur dengan senang... mungkin penat melayan kerenah mereka yang suka bermain dengan Afif kan...


To Be Continue

No comments:

Post a Comment

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...