About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Friday, May 24, 2013

Untuk Afif_Kenangan Hari Kedua

Jam 4 pagi Ummi tersedar bila Afif mula merengek kecil.. lampin penuh.. dan mesti lapar susu. Tanpa paksa Ummi bangun untuk bancuh susu. Ngantuk memang ngantuk tapi demi ALLAH tak berat lansung rasanya saat kena bangun awal sebegitu hanya untuk bancuh susu untuk anak Ummi. Ummi pesan dengan Abhi.. jaga anak yea, sayang nak buatkan susu.. Abhi dalam kelat mata.. perlahan bawa Afif dalam pelukan dia. Ummi tahu Afif akan selamat disitu.. kerana itu juga tempat Ummi merasa paling selamat!.. Selepas tukarkan lampin, Ummi susukan Afif.. dan Afif lena semula. Hingga ke pagi.. Hari tu Abhi kena pergi kerja, Jadi Ummi bangun untuk rutin Ummi yang biasa. Kejut Abhi. Abhi bangun dan cium Afif. Bersiap dan berlepas ke tempat kerja. Ummi pulak tak tidor dah seperti hari-hari cuti sebelum ni,  terus ke depan mengemas rumah, dan lari-lari ke dapur untuk tanak bubur Afif dan tambah stock untuk air panas nanti senang nak bancuh susu. Semua yang Ummi buat hari itu semuanya sebab Afif. Disebabkan Afif tinggal seorang jadi Ummi tak berani tinggalkan Afif lama-lama, bimbang Afif terjaga dan merangkak sendiri.
Lepas settle apa yang patut.. Ummi sediakan stok susu untuk anak Ummi tu. Tak lama lepas tu Ummi dengar rengekan Afif, Ummi datang dekat, cuba untuk tidurkan Afif semula, tapi Afif terus angkat kepala dan senyum dengan mata bulat tu.. Aduh.. pagi lagi dah buat hati Ummi tergolek dengan senyuman Afif, Ummi bawa Afif keluar, depan tv. Ummi letak Afif dibawah dan Afif mula bermain... pusing satu kawasan. panjat kat sofa sini, lepas tu tolong kemas dekat kotak buku... bila Ummi tinggalkan Afif seorang Afif mula tunjuk protes tak mahu tinggal sendiri... jadinya Ummi akan dukung Afif dan bawa Afif kemana pun Ummi pergi. Yealah Ummi faham, mungkin sebab rumah asing pada Afif. Semua baik hari tu... Abhi msg dan chat dengan Ummi, tanya Afif,

Pagi tu, Ayah Bob datang dengan Mama Zati, Ummi yang minta mereka datang, untuk jumpa Afif.. Biar mereka nilai sendiri macamana Afif.. Sampai je mereka Afif sikit pun tak takut.. Bila Mama Zati dukung Afif senyum. Bila Ayah Bob agah Afif berkekek gelak.. terlepas lagi hati Ummi ke bawah.. Yang bestnya, bila Ayah Bob bercakap dengan suara yang agak kuat Afif jadi takut dan mula menangis.. mula tu Mama zati pujuk Afif Ok.. Bila Ayah Bob buat sekali lagi (Tak sengaja pun.. cuma suara Ayah Bob tu macam badan dia jugak..) Afif sekali lagi sedih... Tapi tak mahu dipujuk... Ummi ambil Afif dari Mama Zati bawa Afif dalam pelukan Ummi dan cakap "ok.. ok Ummi ada sini.. jahat Ayah Bob ni..." Afif pandai diam. melambung 'Nak' hati Ummi kala tu. Hari tu Ummi bagi Afif makan bubur, Ummi suapkan nestum, Ummi bagi susu, kita main sama-sama gelak dan gelak dan gelak.. bila mengantuk, Afif tidur, Ummi pun ikot sama, tidur disisi Afif... sangat best!! Ummi upload gambar dan aksi Afif dalam "wechat-group" Zuana. Disebabkan semua ada kat kampung masa tu, semua request minta Ummi bawa Afif balik. Nak "uli" Afif kata Tok Mak.

Lewat petang Abhi balik, bila ada bunyi kat pintu Afif terus pandang ke pintu.. gaya macam menunggu seseorang lagaknya.. heheheee... Ummi ingat lagi macamana muka Afif masa tu, Bila Abhi kuak pintu, dan Afif nampak wajah Abhi, Afif terus senyum, memang kenal dengan Abhi ya?!.. Berbunga hati Ummi masa tu. Tambah-tambah Abhi pulak mengagah Afif. Tak lekang senyum d bibir anak Ummi. Malam tu Ummi dapat pelepasan untuk tak payah memasak. Abhi decide nak keluar belikan makanan. Bila Abhi keluar je dari pintu Afif mula pandang x mo lepas... Bila Abhi hilang, Afif merangkak ke arah pintu.. Ummi tahu, mesti Afif nak ikot Abhi sekali. Ummi tahan Abhi dan kita follow Abhi ke kedai belakang untuk tapau makanan. Asal Abhi turun kereta, Afif mesti nak ikot sekali. Jelous nya Ummi 'Nak'... tapi tak pe, Sebab malam tu bila Afif nak tidur Afif akan cari Ummi untuk susu dan tidur. Tidur malam tu tak lagi susah, mungkin Afif dah biasa dengan rumah Ummi.


To Be Continue

No comments:

Post a Comment

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...