About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Monday, May 27, 2013

Untuk Afif_Kenangan Hari Kelima

Dalam perjalanan pulang petang tu, Abhi bersuara, Dia mengadu dengan Ummi, dia tak puas lagi melayan Afif, dia tak puas lagi main dengan Afif, memang la masa di kampung Afif sibuk dilayan mereka-mereka yang lain sehingga peluang Abhi menjadi kurang. Kesian pulak Ummi dengar,

So, Abhi tanya kalau Ummi boleh cuti esok, dan Ummi ambil keputusan - tak apa lah demi Afif...

Kami ambil keputusan untuk jaga Afif untuk sehari lagi... Ummi kalau boleh nak jaga Afif selamanya.. tapi . . Ummi kena sedar diri... kena selalu ingatkan diri..
Abhi tak lepas peluang bermain denga Afif semahunya.. Lepas puas bermain Afif tidur, rutin biasa kita bangun sekitar 3 - 4 pagi untuk susu dan tukar lampin.

Pagi tu Ummi tersedar dengan regekan Afif, Ummi bangun masa tu dalam jam 530 pagi, Afif merengek, Ummi tengok lampin baru tukar.. kemudian, Ummi sorong teman baik Afif ke mulut comel Afif. tapi tak lama selepas tu, Afif merengek lagi. Ummi kira Afif lapar. Ummi suakan susu, dan Afif minum, kemudia lena kembali.
Dalam jam 8 Afif merengek lagi, Ummi cuba dodoi supaya Afif tidur semula, tapi Afif menangis. Ummi angkat Afif, sejurus lepas Afif sampai ke pangkuan Ummi, Afif muntah, banyak sekali... Ummi jadi panik, Abhi pun terkejut dan terus terbangun. Banyak sekali muntah Afif di katil Ummi. Segera Ummi bangun dan bawa Afif keluar dengan badan Ummi yang separuh menggigil... takutnya Ummi Nak... kenapa dengan Afif?.. kemudian Ummi notice badan Afif sedikit panas. Ummi tahu Afif tak sihat... Ragam Afif pun lain macam pagi tu.. semua tak kena dan asyik nak nangis je.. Ummi dan Abhi gilir-gilir pegang Afif. Ummi jadi sedih bila tengok Afif macam tu. Hilang senyum Afif..

Ummi call Tok Mak untuk minta petua apa yang patut Ummi buat bagi merawat demam Afif yang semakin panas. - Bayangkan panasnya bila Ummi letak cool fever, gel cool fever tu pun jadi panas!! Tok Mak kata jaram dengan air asam - which is Ummi dah cuba.. tapi masih belum berjaya kurangkan panas badan Afif. dan kemudian, Tok Ayah menyampuk minta Ummi hantarkan Afif ke Klinik.

Dan kemudia sedang kita tengah tunggu Abhi bersiap, Afif muntah sekali lagi, kali ni Afif siram Ummi pulak, sekali lagi Ummi rasa darah Ummi kering... kita ke Klinik selepas singgah ambil Kanda Afif di rumah Ayah Bob. Di klinik doktor yang rawat Afif kata suhu badan Afif memang sangat panas. dan doktor nak redakan panas dengan ubat melalui punggung Afif. Sian anak Ummi. Nangis bila ubat dah masuk sampai nak pakai lampin pun susah.. kena Abhi tarik perhatian Afif sambil Ummi pakaikan lampin Afif. Kesiannya Ummi tengok anak Ummi sakit macam tu. Selesai urusan di klinik, kita berpusing 1 nilai mencari apa yang patut, lepas tu pergi cari makan untuk Abhi Ummi dan Kanda Afif. Masa tengah tunggu makanan yang di 'order' siap Afif bangun dari tidur, demam Afif pun Alhamdulillah dah kebah. Afif dah senyum dan main seperti biasa. Lega hati Ummi Nak. Lega sangat.

On the way balik ke rumah, Afif lena lagi. mungkin kesan ubat tadi. tidur Afif dalam senyum, buat hati Ummi jatuh melepet ke jalan...

Sampai di rumah, Afif sedar dan main, kami gilir-gilir temankan Afif dan makan. Cukup time tibalah masa untuk Afif makan ubat antibiotik yang dibekalkan doktor. Ummi pegang Afif dan Abhi yang akan suapkan ubat. Ummi tak berani nak bagi Afif ubat sebab Ummi tak sampai hati nak paksa anak Ummi. Abhi pun jadi marah dengan Ummi.. dia kata .."La, awak ni kalau nak dia sihat kenalah paksa sikit!!" uitt... tapi Ummi tak sampai hati nak paksa Afif... Heeee.... Abhi suruh Ummi peluk tangan Afif supaya tak capai ubat yang Abhi akan suap. Ummi ikut je, sebab Ummi nak anak Ummi betul-betul sembuh. Itulah payah yang pertama Ummi rasa Nak... susah nye nak Ummi paksa anak Ummi makan ubat yang tak sedap tu... Ummi siap rasa lagi ubat tu.. kalau Ummi pun rasa tak sedap apa lagilah anak Ummi rasa kan... Kesian nya...

Lepas tu Afif banyak habiskan masa dengan tidur, sampai masa Ummi hantar Afif pun, Afif tidur. Lena sanagt.. kesian Ummi tengok Afif kena layan ubat tu. Tapi, sampai je kat Cheras, Afif jaga dan boleh main macam biasa, lega hati Ummi... tapi walang gelora nak berpisah dengan anak Ummi yang seorang ni, hanya ALLAH yang maha mengetahui. Ummi kuatkan hati. Sebab Ummi cakap dengan diri sendiri.. Nanti cuti Ummi akan jemput Afif lagi.

Dan Ummi tinggalkan Afif pada Ibu Afif... Ummi serah semua baju dan brg yang dibekalkan pada Ummi sebelum ni...
tapi, Ummi tak beritahu sesiapa, pada Ummi ada sepasang baju Afif yang Ummi tak cuci, Ummi simpan bawah bantal Ummi, buat penawar rindu Ummi... walau Ummi tahu bau Afif tak akan kekal lama kat situ, tapi Ummi tetap nekad nak simpan bawah bantal Ummi sebab Ummi tahu... Ummi akan rindu Afif...

No comments:

Post a Comment

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...