About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Sunday, May 26, 2013

Untuk Afif_Kenangan Hari Keempat

Masa untuk Ummi sediakan susu dan tukar lampin, tak jauh berbeza dari malam-malam sebelum ni, walaupun masa ada dikampung adalah masa untuk Ummi tidur nyenyak tapi, kerana kasih yang tumpah untuk Afif. Tak susah pun untuk Ummi bangun dan ke dapur. Dah la Tok Ayah dan Tok Mak tidur kat luar juga.. tapi tak pe... apak-apak yang lain ada sebab ada ball.

Pagi tu Ummi tak sedar bila Afif jaga dari tidur, tapi Afif berpusing dan tepuk muka Ummi, macam mengejutkan Ummi pulak, Nape tak buat kat Abhi macam tu ye?.. Heheheeee... Tak pe sayang Ummi suka, Afif bangun, duduk atas Kanda yang tengah lena.. lepas tu kita ke dapur, tengok Tok Mak yang dah start sibuk. Rupanya dia dah siap tanak bubur untuk Afif.. Bukan main special lagi layanan yang anak Ummi dapat. Sebab semua orang pun jatuh hati dengan Afif.

Hari ni pun sama macam semalam, semua orang bergilir-gilir pegang Afif.. Sampaikan Mama Zati tukar profesion - jadi penjual ais krim, kerana Afif.

Afif anak Ummi,
Petang tu, kita bersiap untuk pulang.. dah sampai masa untuk balik ke sepang, dan kemungkinan Ummi kena hantar Afif balik ke pangkuan Ibu Afif hari ni.
Tok Mak orang yang paling sentap. Belum apa-apa dia dah nangis, dia jemput sekali air mata Mama Chik.. Ummi?!.. Ummi dah memang menangis dari awal tapi, hanya dalam hati. Bila semua dah siap dan masa untuk kita berlepas. Ummi salam semua orang, Semua nak cium Afif yang tengah lena. Sikit pun tak bergerak. Bila tiba turn Tok Mak cium Afif, yang dalam dukungan Ummi, Tok Mak menangis hiba hati Ummi Nak... masa tu Ummi sedar anak dalam dukungan Ummi sekarang, tak boleh jadi milik Ummi selamanya. Ummi kena sedar diri Ummi. Secara spontan Ummi jadi sedih sendiri. Air mata laju je melintasi pipi. tak cukup dengan tu, Ummi rasa tersedu-sedan juga kerana rasa sedih.. hakikat bahawa Ummi kena hantar Afif balik..

Rupanya dalam tak sedar Ummi perasan hati insan yang seorang ni.. Dia turut sama pilu dan sedih, tapi tak dizahirkan.. Kuatnya hati dia.. Itulah istimewanya dia... siapa?.. Abhi Afif lah siapa lagi...


To Be Continue

No comments:

Post a Comment

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...