About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Thursday, June 14, 2012

Janji Jujur Sepi

Assalamualaikum,

Semalam berkesempatan mengikat janji ngan satu lagi telemovie lakonan BetoKu. Gandingan BetoKu, Neelofa n Izreen. Jalan citenye sempoi jer pasal seorang lelaki yang kena tunaikan janji untuk jaga awek kawan baiknya... Pelakon ... pada aku (pendapat aku la yea..) BetoKu - memang yang sangat terbaik tak yah nak komen sangatlah tentang tatacara lakonan dia. Walau dengan renungannya je pun dia dah boleh sempurnakan watak tu... adoyai!! dia memang seorang PELAKON. Izreen - Ok lah sebagai sorang pompuan yang "saiko" hanya kerana lelaki. bagus gak lah. Neelofa - tengok dia berlakon kita tahu apa yang kita tengok tu adalah drama. Sedikit kecewa la sebab dia dah digandingkan dengan BetoKu tapi berlakon agak kayu. Sedih gak lah kan. And satu yang paling aku tak suka tentang telefilem tu... scene ending dia tu... Perlukan scene tu?!! Serius aku tak boleh terima scene tu. Dengan selamba lembunye si Neelofa tu g peluk BetoKu tu wat pe? Apa motif scene peluk tu?. Kok yea pun nak jadikan cita tu menarik tak yah la tambah scene mengarut macam tu, tak sesuai kot...Dan ketidak puasan hati aku tengok scene tu aku kongsi ngan adik-adik aku.. ternyata mereka pun sama tak setuju. Entah apa-apa tah.
Okay lah tu je nak kongsi ari ni. aku suka BetoKu okeh... dari mula dia muncul (masa tu nya kelakar sarawak - dlm rosli dhobi) dan sampai sekarang tau.. dan semestinya esok2 pun.

Sekian
Wasalam

Are Ku r

No comments:

Post a Comment

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...