About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Wednesday, November 6, 2013

Rindu Dengan Dia...

Setiap hari... walau di mana pun...
Handphone... mahupun Computer atau Tab...
Pasti ada wajah dia...
Menghiasi skrin...

Wajah dengan senyuman manis...
Wajah dengan pandangan mengoda..
Wajah dengan kerut riak sedih
Semua ada...

Dari setiap sudut..
Kalau video..
Dah tak mampu nak tengok..
Rindunyaaa...
Hanya ALLAH yang lebih tahu.

Air mata ku tahan
Tak mampu lepaskan
Walau kadang
Di tv seolah ada kisah kita...
Buat air mata ini jatuh jua..

Mimpikan dia..

Walau dia sedang gembira disana..
Bahagia disamping insan-insan tercinta..
Namun areku masih merindui dia..

Dia permulaan baru hidupku
Setiap hariku rasakan terlalu lama tanpa dia..
Bila dia ada bersamaku..
Masa seakan berlari meninggalkan areku...

Cemburunya masa dengan areku
Setiap hari
Seakan tersengar suara dia..
Seakan terlihat senyum dia..
Seakan terngiang jeritan dia..

Bibir juga kadang terpanggil namamu Sayang...

Adik...
Ummi rindu Adik....

1 comment:

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...