About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Sunday, November 3, 2013

Padang Pasir

Assalamualaikum...

Huih lamanya tinggalkan blog ni sepi ek?.. Nak buat macamana... hehehehe...

Okay hari ni nak berkongsi satu lagi pengalaman indah di bumi Arab ni. Kalau sebut Arab pasti kita akan terkenang kan padang pasir yang luas saujana memandang kan?!... Areku pun macam tu. Yang paling Areku teringin nak tengok masa memula jejak kaki di Bumi UAE ni ialah padang pasir. Dan Alhamdulillah dengan izin-NYA dapat gak Areku tengok padang pasir.

It's call Desert Safari. Pelancong boleh merasai pengalaman kehidupan ala Arabian. Dalam desert safari ni pelancong diberi kesempatan untuk merentasi padang pasir, menunggang unta, dan menonton persembahan Belly Dancing & Tanura Show disamping makan dan minum pun disediakan...

Memang menarik, 

Kami dijemput di depan hotel dan perjalanan ambil masa agak lama untuk sampai ke check point 1.

Sampai je kat sana kami kena tukar kereta... Okey kepada yang suka dengan roller coaster mesti akan suka juga Dune Bashing ni... naik keta bawak laju-laju pastu turn... wah... terasa macam berlakon dalam fast and furious pun ada... kami kena pakai tali pinggang sebagai langkah keselamatan. Berlumba atas padang pasir memang best.


Ini kereta yang ada di belakang kitorang... Lumba jangan tak lumba... heheheh

Dan sekarang tiba giliran foto untuk bercerita... enjoys...



 Ini tok Unta... Merasalah kami macamana naik Unta tengah padang pasir...
Sambil naik unta tu terkenang pada seseorang... siapa lagi kalau bukan Rasulullah s.a.w yang sepanjang hidupnya naik unta sebagai pengangkutan utama.... Kembang kejap hati...


 Ini pemandangan dalam kawasan tempat kami berkumpul untuk makan malam dan menonton persembahan.


Ok.. ini hadiah percuma sebab datang sini....





 Ini lantai tarian OK...


 Tanura Show... Mamat ni berpusing tanpa henti ada dalam 30 minit... memang teror la...


 Apa yang anda nampak?.. Well ini lah pasir yang diserak kan... heehehhee


This is Hummer.

 One of his piece!..

Ini je yang boleh areku kongsikan... well sebenarnya ada video untuk Belly Dancing... dimana seorang penari yang boleh tahan seksinya... bergerak solo tengah lantai tari tu sambil bergelek... tapi tak boleh nak di upload buat masa ni sebab masalah teknikal Lappy ni... So... kalau ada rezeki untuk di kongsikan kat sini nanti Areku upload ek.. Ok. 

Selepas semua show baru makan.. lepas makan semua pun balik... hehehehe... sampai hotel rehat.

Itu lah pengalaman kami untuk satu hari. Pengalaman yang tak boleh dilupakan. Satu dari sejarah yang kami cipta untuk jadi kenangan dan untuk kami imbau satu hari nanti.

Sekian,

Wassalam
Are Ku r




No comments:

Post a Comment

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...