About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Tuesday, January 29, 2013

Perasaan ITU!!

ouchh!!....
Ngilu rasa hati tiap kali perasaan itu datang...

Status fb hari ni : "Which one do U prefer... Be frank or being caught... to be honest i hate both feeling too"
Motif                : Nak share pada mereka... aku TAHU apa yang pada mereka aku TAK TAHU!!
Kesan              : Entah.. hanya perlu tunggu dan lihat!
Harapan           : Walau jauh mana pun korang lari dan sembunyi... Kuasa ALLAH tak siapa yang tahu. Sebab biar sebesar zarah pun kalau ALLAH izinkan ia akan jadi sebesar gajah untuk aku lihat/nampak... So ingat itu...

Teaser : Pokok kuat kerana akarnya... kuatnya sesuatu hubungan itu pula adalah kerana kejujuran dan ketelusan dalam menjaga hubungan tersebut. Jujur itu perkara paling asas untuk membentuk hubungan. Andai tiada ketelusan dan kejujuran... maka musnah lah hubungan itu.
Itu pandangan aku, apa yang aku nampak, pandangan korunk, and penilaian korunk... mesti ada kelainan kerana setiap kita manusia ni darah je sama merah... tapi dalam ketulan darah tu rasa lenlain. may be akunye darah skung ni kalau di hisap oleh "the Cullen's & Volturi" mesti rasa masam dan pahit... pasal hempedu ada leaking sket, tu yang jiwa tak stabil tuh, hahahaa.... masa-masa macam ni memang teringin sesangat jumpa si "Edward" dan minta dia bawak g bungee jumping dari atas "Angel Fall - Venezuela"... hurrmmm... mesti best bila boleh tinggalkan fikiran dan perasaan kat atas sedang kita menuju ke bawah!!...
Mengarut... memang mengarut... tapi kalau tak mengarut orang tak faham apa yang kita rasa... kalau kita mengarut kita mampu gambarkan dengan baik bagaimana rasa kita... kan.. kan.. kan..


Are Ku : Tandus...

Sekian,

Are Ku r...

No comments:

Post a Comment

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...