About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Thursday, January 3, 2013

Hilang...

Assalamualaikum

Sama macam aku yang hilang... sekejap timbul pas tu lama tenggelam... sunyi dari berkongsi... hanya bercerita menjadi pendita bersuara pada insan yang suka mendengar... walau ada kalanya dia yang terlebih bahasa... bercakap seolah tiada titik berhenti.

Dalam hati sekarang ada macam-macam... yang indah ada yang buruk ada yang wangi ada yang busuk pun ada... yang baik ada yang jahat pun ada juga... semua ada.

"Sesekali terasa nak jadi angin agar boleh ekori kau, dengar suara kau, oles lembut wajah kau, dengar setiap bicara kau... selalunya kau akan jujur bila kau tak bersuara depan aku.." - pujangga cinta mati.

Terasa seperti ada rahsia, apa ye?...

Separuh hati kuat menyatakan ada yang lain berlindung disebalik pohon hijau yang membukit... tapi hati yang separuh lagi kata hanya ada pokok mati... tak cukup air.. sebab sungai dah mengubah haluan tak lagi melalui jalan biasa.

Sekian

Are Ku r

No comments:

Post a Comment

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...