About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Thursday, July 28, 2011

Are-Ku

Assalamualaikum,

Apa yang nak aku taip hari ni blog adalah apa yang aku rasa hari nie...



Tadi aku terserempak dengan teman membawa anak kecilnya... berbunga hati melihat senyumannya... aku hulur tangan dia sambut lalu bawa ke pipi kanannya... wah sangat comel dan aku suka... berbual sikit-sikit dan dia melihat aku dengan pandangan indah matanya... wah bagusnya tapi dia belum boleh dibawa berbual sidia hanya banyak senyum dan senyum wah... bestnya... selepas tu dia berlalu.. aku teruskan perjalanan dalam hati menguntum senyum wah... aku tak pulak rasa frust macam selalu... senyum tu masih dibibir dan terbawa ke hati... aku tak lagi mengeluh... wah... baiknya hati aku pagi nie... atau mood aku yang terover bersih?... atau ada keberkatan subuh yang aku kerjakan 4 rakaat pagi nie? ...( hehehee dah hujung rakaat kedua aku tak tahan bersin dan atas sebab yang tak boleh dielakkan ia membatalkan solat... tu yang kena solat semula tu... so jadilah 4 rakaat huhuhuhuu)... atau aku sememangnya sudah mula belajar untuk tabah?... dan dah mampu menelan semua yang menyentuh tentang hal anak? aku pun tak tahu tapi pagi nie inilah yang aku rasa... sampai saat aku menaip ni pun aku masih mampu senyum lagi.. wah.. dasyat kan... hehehee.. semoga rasa sebegini akan terus-terusan bersama aku pada hari-hari mendatang... yes!! aja aja fighting!!




well pengalaman 6 tahun bukanlah masa yang singkat, bermacam yang aku tempuh.. suka duka semua ada... mungkin juga kerana aku tahu tiada masalah dari segi fizikal atau perubatan yang menghalang kami dari mendapat zuriat, cuma masanya belum tiba, belum ada kebenaran dari Yang Maha Esa untuk kami.. tapi Insya'ALLAH kami tak akan berhenti di sini dan hanya menunggu... usaha tetap ada, cuma mungkin agak lebihkan dari segi rohani.. hehehee.. apapun yang penting tanpa doa usaha tak akan kemana-mana.... Dan aku tahu aku tak keseorangan aku masih ada Abhi yang sentiasa dibelakang menyokong dan menemani aku sepanjang perjalanan sepi tanpa hadirnya cahaya mata... Insya'ALLAH berkat doa insan-insan yang menyayangi aku disekeliling aku... pasti satu hari nanti permohonan aku akan mendapat keizinan ILAHI untuk membentuk peribadi seorang khalifah menjadi soleh dan solehah....




Hmm tak lama lagi blog akan tiba bulan penuh berkat bulan keampunan. Misi kali nie kalau boleh aku nak la puasa penuh... tak mau miss posa kali nie... tapi ialah kalau dah dinamakan sebagai perempuan tak dapat nak lari dari kenyataan yang satu tu.. ishkk... lainlah kalau.... Insya'ALLAH mana tahu ada hadiah indah dari ILAHI untuk aku dan Abhi tahun nie... sapa tahu?... doa-doakanlah yea.... amin..

1 comment:

  1. Insya'ALLAH semoga ada rezeki untuk kalian juga untuk tahun ini.. :-)

    ReplyDelete

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...