About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Saturday, October 12, 2013

Hari Raya di perantauan...lagi...

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Dari malam selepas Isya' areku dok buka tb, dengan tujuan nak dengar takbir... huhuhuuu... first time raya di perantauan...(category luar negara..). Walaupun tak terasa sangat sebab raya Haji tapi... terkesan gak la terutama bila saat call ke tanah air. Ofcause masa bercakap dengan Omak... sayu je rasa. Kami video call sebelum raya tu pun Omak dah nangis.. tapi areku tak nangis sebab tak mo sedihkan lagi hati... sebak pun simpan dalam hati. Hehehe... no wonder adik2 selalu cakap areku ni kind of kuat semangat gak la kalau nak compare to d other adik2 pompuan... hehehehe 

Pagi tu.. (time pagi sini la...hehehe) Call Omak n Ayah, Pagi raya dapat berita tak berapa best dari sana, terdown gak la semangat. Call CN, Nis & Adik. Semoga selamat semuanya..

Raya kat sini, tak de pe yang menarik pun pasal tak de orang yang kami kenal untuk kami ziarah raya... Hehehe... so kami raya 2 orang je. semalam areku masak rendang... hehehehe... sepatutnya hari ni yang masak rendang tu tapi disebabkan Abhi dah plan nak keluar so, areku pun masak la semalam.

 Well ni la rendang daging yang areku masak semalam... berkuah atas permintaan Tn. Besar

Pagi tadi sarapan... Paratha n balance daging semalam

Memang ikut hati memang tak sedap dah nak berjalan, tapi sebab Abhi dah book cab so, kenalah pergi jugak, kalau tak kena bayar penuh tambang teksi tu... so jangan membazir oke...

So hari ni dengan berjubah (sebab raya... hehehe).. Kami keluar naik teksi ke... Dubai Mall...
Kat sini adala gambar kat sana... walaupun sangat sikit hope U olls bley enjoy and maybe boleh kata kat org len U olls dah sampai sana... (Walaupun mata jer) huhuhuuu....


 Nampak tu... tesergam Burj Khalifa


Masuk je Dubai Mall areku terus carik mana dia akuarium besar yang selalu dorang cakap tu... hehehee... tak jauh berjalan dari pintu masuk areku nampak orang ramai berkerumun... dan areku nampak air... hehehe thats it... 




Wahh... tergamam jap memang gile besar akuarium nieh.. hehehe ikan pun banyak.




ni je gambar lain sekitar dalam Dubai Mall

Tak lama kami kat sini, banyak gak la amik gambar, tapi dengan model, so tak boleh upload kat sini sebab model mahal.. hahahahaa....
Sebelum balik kami jalan2 kat luar sementara Abhi panaskan badan. Dan terserempak dengan mereka ni...

 Lamborghini
Masa ni dia baru park, tak ramai lagi yang interframe.. pas tu tak sampai 10mnt habis kena serbu orang amik gambar... hehehehe populer doo "mamat" ni.

Ferrari
"Dia" ni ada sorang dua je yang snap, maybe sbb banyak sangat kat sini kot. hehehehe

Huhuhuuu, memang sah la orang sini banyak duit... kat shopping center "sede"(bahasa ibunda areku) jer kereta mewah macam tu... 
banyak lagi tau.. tapi tak sempat snap ada tu, tak boleh nak snap pasal Tuan Punya ada sekali, kang tak pasal plak kena marah so, tengok je la sambik telan air liur ehehehee... ada Bently, ada Hummer dan banyak lagilah... sampai yang areku tak pernah dengar nama dia pun ada... hehehehe

Itulah Raya areku & Abhi di bumi Emirate. hehehehe... Macam areku Raya kat Kuching masa memula Abhi kena transfer dulu Tahun 2005. huhuhuuuu...

Okay la sekian untuk kali ni...

Jumpa lagi next entry okeh...

Sekian
Wasalam

Areku r









No comments:

Post a Comment

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...