About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Thursday, July 5, 2012

Selamat Sambut Nisfu Sya'aban...

Assalamualaikum,

Hari ni 15 Sya'aban!.. Malam tadi selepas Maghrib disunatkan buat solat sunat nisfu Sya'aban dan baca Yaasin 3X.... Sabda Rasulullah SAW: Apabila tiba pada malam Nisfu Sya'aban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman: Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?”                                    (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Semoga ALLAH ampunkan semua dosa aku, suami dan ahli keluargaku yang lepas dan akan datang. Semoga ALLAH limpahkan rezeki dan keberkatan dalam kehidupan aku kini dan masa depan. Amin.....

Selamat berpuasa untuk yang berpuasa hari ni... Semoga ALLAH terima keihklasan kita beribadat kepadaNYA sesungguhnya Nabi SAW bersabda: Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.”
(Diriwayatkan oleh imam Bukhari r.a. dan imam Muslim r.a.)

 
Sekian

Wasalam

Are Ku r

No comments:

Post a Comment

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...