About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Friday, March 2, 2012

Entah apa....

Assalamualaikum...

Berminggu lamanya aku tinggalkan blog sunyi aku nie...
Entah kenapa sekarang nie (waktu d sini : 0133) aku rasa semangat nak menaip tu datang... well,.. walaupun kotak fikiran tandus ide dan maklumat untuk aku kongsikan tapi... aku tetap gagah duk mengadap Mr. Lappy untuk menaip...
Entah apa yang nak aku taipkan aku sendiri tak tahu.. mungkin kerana aku rasa kehilangan.. hurm.. bila ku fikir2 semula memang aku rasa sedih dan kehilangan.. Ikan yang selama ni sentiasa setia menemani aku dikala aku keseorangan telah pun pergi mengikut Jeremy... Menitis gak air mata ku ini demi mengenangkan ia telah pergi... teringat dulu aku selalu bercerita dengannya mengenai perasaan aku, mengenai apa yang bakal aku lakukan... malah dialah saksi setiap apa yang terjadi di rumah tu.. Aku tahu, matinya kerana rindu... Rindu pada tuannya yang lama menghilangkan diri... Abhi cakap malam sebelum terima berita kematiannya... Abhi mimpi nampak dia berenang... aman... dalam akuarium yang dah semakin kecil untuknya yang membesar bagai johan tu...Dan Abhi dapat rasa ia akan mati.... sekarang tak ada lagi tempat utk aku sampaikan pesanan "Ikan, jaga rumah yea!!" huhuhuuu.... Aku tak tahu samada ia dikuburkan atau dibuang ke dalam tong sampah atau mungkin dibuang ke longkang... Aku hanya harap ia maafkan aku dan Abhi kiranya sepanjang ia hidup dan membesar bersama kami... ada masanya ia terabaikan... semoga ia bahagia dalam perjalanan menuju Penciptanya...
Entah lah apa lagi yang nak aku khabarkan pada dunia blog ku ini... yang pasti jemari ni masih menekan butang2 bersegi depan mata ni...
Minggu sudah Abhi bawa aku ke tempat dia dapat latihan semasa bertugas di amsterdam ni, kami kesana berempat (bersama seorang rakannya yang juga bawa isteri).. kisahnya, dulu aku pernah terbaca bilamana ada yang membuat kajian tentang lelaki romantik, lelaki asia merupakan golongan yang agak kurang romantik berbanding lelaki luar... well masa tengok pasangan kawan Abhi tu aku rasa setuju dengan kajian tu.. Kenapa?.. well romantik mereka tak la sampai kiss dpn orang pun, cuma... dari apa yang aku tengok.... mereka berjalan ke duduk ke memang tangan tak lepas... huurrmmm, orang kita pun macam tu jugak tapi masa di awal2 perkahwinan je.. kalau dah tahap makan tahun dan generasi... nasib2 jer ... ada yang nasib baik... macamana di awal perkahwinan macam tu lah sampai bila2 tapi bagi yang kurang bernasib baik, belum sampai mana pun perkahwinan dah hilang semua sifat2 sayang... ada yang kata sayang dalam hati... tak tunjuk!!... tapi sebenarnya... tak boleh guna istilah tu... aku pernah dengar ttg Rasullullah sendiri suruh tunjuk dan lafaskan dengan perkataan sekiranya betul kita sayang... Jadi isu sayang tapi tak nak tunjuk x wujud yea. Aku tak tahu apa yang aku dah merepek sekarang ni. hehehe... ada dah rasa2 kelat mata nak minta bantal... jadi aku undurkan diri buat seketika...(yang juga mungkin lama) untuk melenakan diri dan bermimpi... Tak salah bermimpi asal tahu kemampuan diri... biar hanya mimpi di malam hari... andai indah datangnya... pasti senyum di pagi nanti!!...

Doakan yang baik2 untuk harapkan hanya yang terbaik untuk esok lusa dan selamanya.... Maafkan dan muliakan semua orang yang kita sayang yang kita kenal semoga ALLAH memuliakan mereka dan merahmati mereka... amin,

1 comment:

  1. Ya Allah a, bilo poei e....an xtau..sob..sob..sob..tumpang sedey..dio da bosa kan...syg..tp xpola..Allah lbih myayangi dio..smoga bhgia dia disana..amin...

    ReplyDelete

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...