About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Friday, February 3, 2012

Khabar Gembira... tapi kenapa?...

Assalamualaikum....

Hari nie... 3 Feb 2012... dah berlalu 6 bulan kisah yang penuh tragis dan ujian unlimited buat aku... Buat masa ini... sejujurnya setiap apa yang dibualkan sepanjang tempoh itu masih lekat dengan kuat di kotak ingatan aku... Sungguh aku tak mampu nak delete... walau berbagai cara aku lakukan... eroniknya manusia tak suka pada perkara yang mengundang sakit di hati tapi fikiran masih tak mahu melepaskan... pelik aku....
Well sekarang aku tahu ia perkhabaran gembira buat aku... tapi kenapa setiap kali aku nak senyum gembira dan puas hati... aku rasa seolah-olah aku masih berhutang!!... sedang pada aku... bukan aku yang sepatutnya rasa begitu... Kenapa aku rasa perasaan nie? aku sendiri tak pasti... setiap kali solatku aku bermohon agar semua ini akan hilang setiap kali aku bangun dari tidurku... tapi macam semalam ia tetap datang... berbaur semua rasa...
Biar berapa kalipun aku tatap gambar senyuman itu... di hatiku masih ada rasa ini... Ya ALLAH, semoga apa yang aku rasa ni hilang!.. aku tak mahu rasa sakit begini... Demi MU Ya ALLAH.. hatiku ini inginkan ketenangan...

No comments:

Post a Comment

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...