About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Tuesday, June 7, 2011

Nur Kasih de Movie dan Are Ku

Blog..

Hari ni aku nak bercerita la pasal filem melayu.... Nur kasih de movie, yang tgh ditayangkan di pawagam skung nie. Semalam aku berpeluang menonton cite tu walaupun tonton sensorang... tapi kira ok la kan coz dapat permission gak utk duk sensorg dlm gelap wayang melayan jiwa! kih kih kih... Abhi tak ikut coz ada bowling ... standart.. aku kena la g layan diri sensorang nak tgk Abhi men bowling rasa malas plak... so, aku nak share la skit pasal wayang tu... well aku kan pengkritik bebas... kuang kuang kuang....



Well pada aku cite tu boleh dianggap sebagai movie airmata... bukan apa mula saja penceritaannya ia berkisar tentang kehilangan dan kematian, kesedihan memang dah dialu-alukan masa tu, beransur perlahan, adalah sedikit kegembiraan bilamana Nur Amina disahkan mengandung, setelah sekian lama menanti.... tapi seketika gembira menyelimuti datang angin kencang menerbangkan selimut gembira... tinggallah duka menemani suasana.. Nur keguguran kandungannya, oke, bab ni memang rasa mencabar skit dlm operasi menahan diri untuk tidak menangis, coz aku dapat rasakan diri aku dalam keadaan dia tu... oh tidak tapi x pe walaupun bocor skit kolam mata nie tp aku tahan jugak... caranya... minum aice lemon tea medium size yang aku beli sebelum masuk panggung tadi. Dan disebabkan itu semua maka mereka Nur dan Adam mengambil keputusan untuk umrah dan melancong ke Jordan.. scenery jangan tanya... Hanya ALLAH yang Maha Berkuasa mampu menjadikan bumi yang penuh dengan pasir seindah itu... hhmmm... Di suatu hari yang tenang Adam mendapat mimpi, ada penganas telah menembak Nur, terjaga dari mimpi dia seperti hilang akal, takut akan kehilangan Nur hidupnya. Semenjak itu dia seolah menahan sakit...((utk yang tgk cite bersirinya tahulah ttg Adam yang pernah jadi tebusan, dan kerana serangan bom di bombay dulu ada something yang tertinggal dibadan Adam dan ia dah mula menyakitkan ))... so dalam siri lawatan berikutnya scene mereka dalam keretapi... unik gak la keretapi tu tapi tak tahu la it's for real atau rekaan jerk... dan keretapi yang mereka naiki kemalangan... dan tercampaklah isi perutnya kesana dan kemari.. Adam yang masih bernyawa mencari-cari Nur di gerabak2 yang dah pecah... dan terjumpa Nur yang tak sedarkan diri... dia peluk dan goncang badan supaya Nur bangun tapi Nur buat derk jer... lalu Adam berdoa... "YA ALLAH, ambillah apa sahaja, tapi bukan Nur...." dan Nur bangun dari pengsannya dan memanggil si suami.... Setibanya di hotel Adam seolah kehilangan diri... bagai ada sesuatu yang hilang dalam dirinya... Dengan alasan mencari cincin Nur yang hilang dlm kemalangan itu, Adam pergi ke tempat kejadian dan ribut pasir melanda kawasan menyebabkan mereka terputus hubungan... Nur memohon bantuan dan mencari si Adam yang hilang... Aidil tampil dari kejauhan menolong bantu Nur sedaya mampu namun Adam tak ditemui, sedang Aidil diberitahu oleh mak arab ttg Nur telah mengandung untuk sekian kalinya...


hmmm penat gak kan menulis nie... ini kira oke la jugak coz aku menulis dari apa yang aku tengok bayangkan penulis yang menulis mengikut imaginasi dan idea... pasti lagi susah kan kan kan.... betul ke ada insan yang seperti mereka ni yea? banyak benar dugaan mereka... tak habis-habis... aku pulak rasa sesak kan...huhuhuuh


Setelah puas mencari akhirnya mereka temui Adam yang dijaga oleh keluarga Arab kerana kecederaan akibat kemalangan. setelah dibawa balik ke Malaysia, dan start dari situ.. cite ni hanya meminta air mata... tak ada scene yang boleh buat kita rasa lega walau sikit pun... semua scene yg meruntun jiwa jerk...


Hishsss dah la sensorang kan so aku tak la menangis sangat.. besa-besa jer... mana bley tahan aku tahan yang tak tahan aku lepaskan... cuma kalau aku tonton ngan En. Abhi rasanya lbh byk la sedihnya kan... huhuhuhuuuu.... dah la yang scene last tu leh datang tya kat are ku direct @ blh p tonton sendri @ tunggu cite tu kluar tb.. apapun aku rasa ok la cite nie.... mungkin kerana kesedihan yang terlalu banyak membuatkan aku sendiri tak tahu nak nangis masa bila... huhuhu boleh gitu?.. sedih tak sedih kira sedih gak la... okay sebagai kesimpulan aku rasa boleh jerk aku g tengok wayang sensorang walaupun TAK PERNAH aku buat Biarpun masa BUJANG dulu.... dan yang pasti aku kena tgk cite yang cinta2 yang sedih2 yang lucu2 gitu... dan BUKAN cite hantu... hua hua hua hua... yealah nak wat macamana kan... bila En. Abhi tak suka ngan layar besar... kenalah g layan jiwa sendirian berhad.... asal dapat kebenaran sudeh...


ok blog Annyo....


No comments:

Post a Comment

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...