About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Wednesday, August 10, 2016

Bahasa bahasa bahasa

Saat mata susah lena...

Menekan hati... Menghimpit emosi...
Mengarang tak jadi
Meluah tak berisi

Apakah mampu Areku lena malam nie? Hehehe
Buat Dia Yg tahu....
14 hari lagi.... Apapun utk mereka happy anniversary. Ketahuilah Areku tak Kan mati dek sendiri hidupnya Areku bukan dek kerana Kau disisi... Tapi percayalah ALLAH pilih Kita sebagai yang diuji.. Nak lihat siapa yang mampu untuk terus berdiri dan siapa yang hanyut dibawa arus ujianNYA.... 

Areku bukan lah yang ter selamat dari ujian itu... Jauh sekali sebagai yang berjaya menempuh ujian itu.. Tapi Areku tahu bukan Areku yang mengalah dan Areku tak pernah rebah... Kerana di kelilingku ada rantaian doa dari mereka. 

Andai busuk Areku adalah kerana baumu
Andai cacat Areku adalah kerana kejadianmu
Andai luka Areku adalah kerana tajammu
Andai jahat Areku adalah kerana ajaranmu
Areku adalah Apa yang Kamu mahukan.... 

Selamat Malam yang gundah menanti lena
Selamat siang yang dah sedar dari lena

Selamat lah Semua hendaknya

Assalamualaikum 

No comments:

Post a Comment

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...