About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Friday, October 9, 2015

Di sini

Bismillah...
Disini areku sudahnya...

Mencari ruang utk diri sendiri... Memberi peluang utk melepas lelah. Penat berperang dengan perasaan sendiri sepanjang sebulan ni... Ini memang peluang untuk areku bernafas dgn lega..
Areku disini sudahnya...
Mencari hati yg hilang dan tenggelam. Mengapa disini?...
Mungkin kerana lautnya... Mungkin kerana tamannya... Yang pasti kerana ia pernah menjadi pilihan utk menyulam bahagia satu ketika dahulu...

Hari ini d sisiku hanyalah angin....
Dengan senyuman aku telan perlahan...
Areku doa kekuatan itu ada utk areku...

No comments:

Post a Comment

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...