Assalamualaikum,
Bukan sebab sibuk sangat pun, cuma kerana terlalu banyak yang nak aku kongsikan makanya semua jadi terbantut dan at last post duk dalam draft atau pun memang tak terluah kat memana pun sekadar penuh kat benak aku sorang je sampai lupa.
Itu adalah salah satu sebab kenapa aku tak layak dan tak boleh menulis!.. definitely cant be a writers.. not even dream of it. Oke..
Well hari ni empat belas sebelas dua belas... ada yang setahun ada yang dah sampai lima enam tahun.. semua tu kisah yang dah jadi sejarah. Hari ni walaupun ada yang dah agak lama ditinggalkan rasanya macam baru je aku lalui kan kan kan... dan ada pulak tu baru je aku tempuh dah rasa macam dah bertahun-tahun lamanya. Uniknya perkara yang dinamakan kehidupan. Diam tak diam dah tinggal empat puluh tujuh hari sahaja untuk tamatkan tahun masihi 2012 ni. Tapi tak sampai beberapa jam je lagi kita akan tinggalkan tahun 1433 di kalendar Hijrah. Akan bermula satu lagi tahun baru dalam kalendar islam. Apa kah hijrah kita untuk tahun yang bakal datang lewat petang ni nanti? bersediakah meninggalkan azam semalam untuk membina azam baru?. Banyak kekhilafan aku untuk tahun 1433 nieh sebenarnya. Makanya untuk tahun yang baru aku panjatkan doa pada yang Maha Kuasa agar aku punya kekuatan untuk terus membersihkan iman yang telah banyak rosak sebelum ni.
Ada niat dalam hati untuk menamatkan segala dosa yang secara lansung atau tak lansung aku lakukan sebelum ni. Semoga ALLAH merahmati aku dan keluargaku.
Dikesempatan Hijrah ini, aku sebagai insan yang penuh kejahilan dan dosa ni, mohon seribu keampunan dan kemaafkan kepada semua yang pernah aku sakiti dalam sedar mahupun diluar sedar.
Sekian
Wassalam
Are Ku r
No comments:
Post a Comment
Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...